Pages

topbella

Senin, 14 Mei 2012

makanan untuk ibu hamil

MAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN JANIN DI DALAM KANDUNGAN.

  • Zat Makanan
Apabila wanita muda hamil, pertambahan berat badan adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram.
Pada minggu ke-20, berat badan naik sebanyak lebih kurang 3 - 5 kilogram, dan pada minggu ke-20 terakhir, berat akan naik sebanyak 9 - 11 kilogram.
Namun begitu, sesetengah wanita mengalami berat badan yang kurang dan sesetengahnya terlebih (berat badan berlebihan).
Ikutilah pandangan doktor anda.
  • Makanan Tambahan Yang Perlu
1. Protein
Cth; Daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu atau tempe.
Tambahan protein penting untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium
Cth; Susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.
Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi. Jika janin tidak mendapat kalsium yang mencukupi, dia akan memperolehinya daripada tulang si ibu. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Gejala bakal timbul; gigi rosak dan hilang, sakit tulang belakang.
Susu mempunyai protein, lemak, kalsium, fosfat, zat besi, sodium, potassium serta vitamin C. Oleh itu, untuk mendapat nilai terbaik daripada susu, PILIHLAH susu segar atau susu tepung yang tidak berkrim. Susu pekat TIDAK SESUAI kerana proteinnya sedikit sahaja.

3. Kalori
Cth; Nasi, mee, roti
Di akhir peringkat kehamilan, makanan yang kaya dengan kanji seperti nasi, tidak perlu terlalu banyak kerana nilai zatnya rendah. Lebihkan makanan banyak protein, vitamin dan mineral.

4. Vitamin
Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh si ibu.
Vitamin A : kuning telur, susu, hati, sayuran, buah-buahan berwarna hijau dan kuning kemerahan.
Vitamin B Kompleks : Kekacang
Vitamin C : sayur-sayuran dan buah-buahan.

0 komentar:

Posting Komentar

About Me

 
serbabie© DiseƱado por: Compartidisimo